Latar Belakang
Persatuan Halaqah Al-Quran
Idea penubuhan Persatuan Halaqah Al-Quran Selangor (Halaqah Al-Quran) dicetuskan oleh Ustazah Nawiya bt Abu tatkala memikirkan kaedah bagi menggalakkan pelajar-pelajarnya untuk meningkatkan mutu dan kelancaran bacaan al-Quran. Antara kaedah untuk mencapai matlamat berkenaan adalah dengan menggalakkan pelajar-pelajar membaca al-Quran secara berulang kali. Seterusnya bagi meraikan kejayaan mereka yang telah menghabiskan bacaan 30 juzuk al-Quran, satu majlis khatam al-Quran beramai-ramai akan diadakan. Majlis ini juga dapat meningkatkan motivasi untuk istiqomah disamping menjemput muslimin muslimat yang berdekatan untuk turut menyertai majlis khatam al-Quran.
Di sinilah bermulanya terbentuknya sebuah persatuan dengan ahli terkumpul setakat ini seramai 650 orang (Nov 16’) semenjak hari pertama pelancarannya pada 3hb Feb 2009 dan telah diluluskan pada 15hb Jul 2009 sebagai Persatuan Halaqah Al-Quran Selangor dengan nombor pendaftaran 1488-09-SEL.
Ahli Jawatankuasa
- Pengerusi, Ustazah Hjh. Nawiya Abu, 016-964 1629
- Timbalan Pengerusi, Muhammad Amirul Fadzil bin Nor Azli, 0162157576
- Setiausaha, Nurul Shazura Shazlen binti Mohd Zaid, 011-23454423
- Bendahari, Nurul Syazwani binti Mohd Hizam, 0107751245
- AJK, Tuan Zahra binti Tn Soh, 013 3306008
- AJK, Rahi binti Ngah, 013 2378509
- AJK, Sukiam binti Giman, 013 3966634
PEMBAYARAN YURAN ATAU SUMBANGAN
MAYBANK
PERSATUAN HALAQAH AL-QURAN SELANGOR
562834627183