Organisasi Penggerak

image

Tahsin Tilawah Bestari

PROFIL
Didaftarkan pada 31hb Julai 2008, di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebagai sebuah Pusat Pengajian Al-Quran. Ia menawarkan khidmat berkaitan dengan pembelajaran Al-Quran bermula dari peringkat kanak-kanak, remaja sehingga dewasa.

MATLAMAT
Melahirkan generasi Al-Quran yang mampu membaca Al-Quran dengan bertajwid. Memberi galakan dan kesedaran dikalangan ibu bapa untuk menerapkan pembelajaran Al-Quran dan meningkatkan minat dikalangan anak-anak.

PENGASAS
Ustazah Nawiyah Abu, mendapat pendidikan awal di Madrasah Al-Quran Waddin Johor Bahru di peringkat Ibtidaeyah. Meneruskan pengajian di Maahad Johor Bahru sehingga peringkat Thanawi. Memulakan karier pertama sebagai guru agama di Sekolah Agama Pasir Gudang selama 5 tahun. Kemudian berhijrah ke Bangi dan meneruskan tugas sebagai guru agama di Bangi selama 3 tahun.
Bertalaqqi Al-Quran 30 juzuk daripada Allahyarham Ustaz Hj. Wan Bakar Bin Wan Dagang pada tahun 2005. Pada tahun 2007, beliau telah berjaya mendapat Ijazah Al-Quran daripada Sheikh Nabil bin Muhammad Bin Ali Bin Ahmad yang merupakan seorang ulama’ Al-Azhar As-Syarif dan takhassus dalam bidang Ilmu Al-Quran Al-Karim wal Qiraat. Sheikh Nabil Muhammad juga merupakan salah seorang tenaga pengajar utama di Maahad Al-Azhar, Mesir.

CAWANGAN

  • TAHSIN SERI KEMBANGAN
    No. 24 JALAN BP 2/6 Bandar Bukit Puchong 47100 Puchong, Selangor
    Tel: 011-23940913 / 012-3851725
  • TAHSIN DESA SAUJANA
    No. 38, Jalan Saujana 1/11 Desa Saujana, Sungai Merab Dalam, Kajang, Selangor
    Tel: 011-23940913 / 012-3851725
  • TAHSIN SERI NANDING
    No. 8-1, Jalan Persiaran Utama, Taman Sri Nanding, Hulu Langat, Selangor
    Tel: 011-23940913 / 012-3851725
  • TAHSIN MASAI, JOHOR
    No. 5, Jalan Bunga Raya 1, Taman Bunga Raya, Masai, Johor
    Tel: 011-23940913 / 012-3851725
  • TAHSIN JENDERAM MURNI
    No. 18 Jalan 1C, Taman Jenderam Murni,43800 Dengkil, Selangor
    Tel: 011-23940913 / 012-3851725

Ingin menjadi Ahli Halaqah Al-Quran Selangor?

Anda boleh mendaftar disini.

Daftar

PEMBAYARAN YURAN ATAU SUMBANGAN

MAYBANK
PERSATUAN HALAQAH AL-QURAN SELANGOR

562834627183