Soalan Lazim
MENGAPA AL-QURAN?
Al-Quran merupakan buku panduan bagi manusia. Untuk menjadi manusia yang sempurna maka hendaklah dia membaca, menghayati dan mengamalkan Al-Quran. Sebagaimana kita lihat, setiap sesuatu yang wujud di dalam dunia ini, pasti ada penciptanya. Sebagai contoh, Kenderaan yang hebat pasti ada buku panduan untuk menggunakannya dan bagaimana untuk pastikan ianya berada kekal baik dan berfungsi dengan baik. Sekiranya kita tidak tahu atau tidak mengikut peraturan atau panduan, maka cepat rosaklah kenderaan kita.
Al-Quran juga merupakan petunjuk atau kata-kata dari tuhan pencipta yang agung iaitu Allah s.w.t. Al-Quran juga mempunyai syafaat yang tinggi di sisi Allah. Ayat-ayat Al-Quran juga boleh dijadikan penawar penyakit.

MENGAPA MAJLIS KHATAM AL-QURAN?
Majlis Khatam Al-Quran merupakan majlis kesyukuran bagi mereka yang berjaya khatam Al-Quran dalam tempoh 3 bulan atau setahun.
Majlis ini juga bertujuan untuk berdoa secara beramai-ramai bagi mengharapkan Allah s.w.t terus memberi petunjuk dan kefahaman kepada yang membaca Al-Quran supaya ianya menjadi syafaat kepada mereka. Majlis ini juga merupakan tanda kesyukuran atas kasih sayang Allah yang telah menurunkan dan mengajarkan kita Al-Quran.

MENGAPA KELAS PENGAJIAN AL-QURAN DAN AGAMA ISLAM DIJALANKAN
Sebagai manusia yang beriman, kita wajib mengajak semua manusia ke arah jalan yang benar. Kita bertanggungjawab mengajak mereka mengikut panduan Al-Quran iaitu ayat-ayat tuhan pencipta langit dan bumi serta pencipta segala apa yang ada antara keduanya.
Sesungguhnya perbuatan baik, akan dibalas dengan kebaikan.
Islam adalah agama yang benar, maka kita wajib mengajak mereka mengenal dan mendalami islam secara berterusan, kerana sifat manusia yang mudah lupa.

MENGAPA KAMI BUAT PROGRAM LAWATAN / ZIARAH / JAULAH?
Manusia secara lazimnya suka berkasih sayang. Sebagai manusia yang beriman, kita wajib mengajak manusia berkasih sayang.
Dengan program ziarah ini, dapat kita menjalankan tanggungjawab membantu mereka yang susah dan memerlukan pertolongan.
Dengan program lawatan / jaulah pula, dapat kita mengambil iktibar dan pengajaran serta berkongsi ilmu dengan mereka yang berada jauh dari kawasan kita.
Antara perkongsian yang berjaya adalah mereka telah membuat aktiviti khatam setiap 3 bulan sebagai aktiviti rutin mereka. Antara negeri yang telah melaksanakannya adalah Negeri Brunei dan Aceh, Indonesia.

MENGAPA MAJLIS SELAWAT DAN BACAAN YASSIN?
Sesungguhnya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang. Dan mengingati Allah itu lebih besar daripada ibadah yang lain.
Oleh itu, kita menjalan majlis bacaan yassin adalah sebagai mengagungkan ayat-ayat Allah dan mengharapkan balasan pahala dan kebaikan daripada Allah yang maha pengasih. Majlis dibuat secara beramai -ramai untuk melatih dan mewujudkan rasa cinta pada ayat-ayat Allah dalam diri setiap individu.
Majlis Selawat dijalankan bagi melatih manusia agar rasa cinta dan kasih kepada manusia pilihan Allah iaitu Nabi Muhammad s.a.w, disamping dapat membiasakan setiap individu mengamalkan selawat setiap masa.

PEMBAYARAN YURAN ATAU SUMBANGAN
MAYBANK
PERSATUAN HALAQAH AL-QURAN SELANGOR
562834627183